KIV3: Binatang or Be-Nothing (4th – 7th Oct)

The Actors Studio Seni Teater Rakyat proudly presents KIV3: Binatang or Be-Nothing.

KIV3 adalah susulan dari siri KIV yang telah bermula pada tahun 2010.

Tema kiv3 adalah binatang dimana proses kreatif dalam koreografi telah diilhamkan oleh binatang.

Selain daripada mengambil motif gerak daripada binatang, KIV3 juga menyentuh isu isu sosial dalam masyarakat yang melibatkan binatang domestik. Tanpa disedari, banyak binatang/haiwan yang sering memainkan peranan penting dalam kehidupan harian.

KIV3 is the latest dance showcase from the KIV series which began in 2012. KIV3 takes its choreographic inspiration from the movements of animals. KIV3 explores social issues and bring to question the treatment of domestic animals which play an important role in our daily lives.

Get ready to dance with the Angry Bird, the Holy Cow, The Cat & The Mouse (Tom and Jerry) and to top it off, each performance will have a surprise special guest from the dance industry.

Presented by: The Actors Studio Teater Rakyat

Venue: The Actors Studio @ Lot 10

Dates & Times:

4th October 2012 (Thursday) @ 8.30PM

5th October 2012 (Friday) @ 8.30PM

6th October 2012 (Saturday) @ 8.30PM

7th October 2012 (Sunday) @ 3PM

Ticket Prices/Fee: Flat rate of RM 20 for all seats

(inclusive of RM3 ticket handling fee)

CHOREOGRAPHERS:

  1. Lex Lakshman Balakrishnan
  2. Akmal Ayob
  3. Fairuz Tauhid
  4. Ezdianie
  5. Nazri (Ezrey)

Choreographers:

LEX LAKSHMAN BALAKRISHNAN (LEX)

A graduate from the National Arts Academy, ASWARA, “LEX” LAKSHMAN BALAKRISHNAN loves making dance, fusing traditional and contemporary elements in his works. He was a choreographer for klpac’s KAKI BLUE (2009) ,The Actors Studio’s ADAM THE MUSICAL (2010), Malaysian Girls (2011), and Paper Crane (2012). Besides these, he can also be seen on stage as an actor, dancer and singer and was awarded the Bintang Irama 1Malaysia in 2010. Currently the Choreographer-in-residence for klpac, his recent works include choreography for Jason Robert Brown’s THE LAST FIVE YEARS and SONGS FOR A NEW WORLD.  T4YP’s A HISTORY OF FALLING THINGS by James Graham and CARTOON by Steve Yockey. In June 2011, Lex staged his own production of NITYA SUMANGALI, fusing both contemporary and traditional Indian dances with drama.

FAIRUZ TAUHID (FIE)

Born and raise in a beautiful city of Kuala Lumpur, Fairuz Tauhid A.K.A Fee is one of the 1st Malaysian to receive Bachelor Degree in Dance Majoring in Choreography. Started dancing professionally since 1997, he’s been active as dancer and choreographer, and even now as an actor. As a choreographer, Recently, he just finished rolling a musical film Hoore Hoore!, side by side with well known director Saw Teong Hin. Right after that, he played as Cikgu Fifi and also as choreographer in an upcoming musical series directed by actor/director Azma Aizal Yusoof titled Cinta Stroberi dan Coklat. Besides that he also involve with Disney’s Waktu Rehat as a choreographer for one of their episode. As dancer, he already experienced working with local famous choreographer such as Pat Ibrahim, Umesh Shetty, Zhou Gui Xin and many more. Acknowledging the transition of dance culture in Malaysia, Fee always try to find opportunities to work with younger dancers. He believe that by emic-ing their norm will help him to be a better choreographer and dancer. In expressing himself by using medium of dance, Fee always portrays social issues and depict how units in a community communicate. Noticing that gender issue is still going thru an assimilation in local community, Fee always try to reach to mass audience dilemma of the 3rd gender individual.

EZDIANIE HAYATI OMAR (NANIE)

Ezdianie Hayatie Omar, yang juga dikenali dengan nama Nani merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda senitari pengkhususan koreografi dari ASWARA. Nani aktif sebagai penari, koreografer dan juga sebagai penyanyi dalam kebanyakkan produksi anjuran ASWARA dan di luar. Beliau merupakan antara ahli kumpulan AKASIA yang telah dilahirkan oleh TV3 menerusi rancangan realiti Gangstarz 2008. Beliau juga pernah merakamkan lagu bersama Ratu Etnik Kreatif Malaysia, Noraniza Idris yang bertajuk Cinta Lebaran. Kejayaan Nani sebagai penyanyi berkembang setelah merangkul anugerah Persembahan Terbaik bagi pertandingan Nasyid anjuran JAKIM. Selain itu, beliau juga pernah melibatkan diri dengan produksi Lat Kampung Boy di Istana Budaya, BMBR oleh Five Arts Centre dan sebagai pelakon dalam siri drama Cinta Sroberi & Coklat (RTM). Dalam penghasilan karya tari kontemporari, Nani sentiasa cuba menghasilkan representasi yang mempunyai perspektif yang unik dan sentiasa ingin membawa penonton untuk berfikir.

MUHAMMAD AKMAL (AKMAL)

Anak jati Kampung Baru, Kuala Lumpur ini mula terlibat dalam nidang seni dengan bermain violin pada usia 10 tahun bersama Kumpulan Pemuzik Muda WPKL di KBN serta menyertai banyak program kesenian dan kebudayaan di bawah Kementerian Pendidikan. Terlibat dalam bidang tari secara profesional pada tahun 2000, kemudiannya menyertai kumpulan Swatari selama tiga tahun. Pada 2003 menjadi artis budaya di Taman Mini Malaysia, Melaka. Selepas setahun berkhidmat, pada 2004 belajar dalam jurusan Diploma Senitari di Akademi Seni Kebangsaan (ASK) seterusnya menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Senitari dalam pengkhususan koreografi. Antara karya yang pernah dihasilkan adalah The Curse, Satelite Zapin, Engino Tekniko, Wal A’sha, Salasata, Atlas, Pedra Blanca Si Batu Puteh, Sapta Purnama dan BENDERA. Pernah menjadi koreografer untuk beberapa produksi tari dan teater seperti Bendahara Garang Perak, Muzikal Uda dan Dara, Belalang Kenit, Perjuangan Yang Belum Selesai, Tapestry, Stepping Out, Step Up dan Pokok Kelapa Sayang. Di luar ASWARA pula pernah terlibat dalam P.Ramlee the musical, Adam the musical, Anugerah Juara Lagu 2001-2004 & 2007, Anugerah Skrin, Konsert Mega Siti Nurhaliza serta banyak lagi program komersial. Menjadi koreografer Teater Muzikal Sirah Junjungan (2008 & 2009), Teater Natrah (2010), Teater TyIcKooUnS (2011), Teater Badai Semalam (2011), Konsert Gangstarz (2008), Mentor (2011), Gempak Selebriti ASTRO (2008 & 2009), Marhaban di ASTRO (2008 & 2009), Sehati Berdansa musin ke-2, Koreografer rangcangan Pilih Kasih 2 serta menjadi finalis Bakat TV RTM 2011. Pernah membuat persembahan dan bengkel di Indonesia, China, Pakistan, dan Sweden. Menjadi guru tari di HUKM, UM, Jabatan Muzium, UIAM, UPM, Air Asia, MIM, MBSB, Petronas serta di JPWP. Mendapat biasiswa Penggiat Seni daripada Kementerian Kebudayaan, Keenian dan Warisan pada tahun 2008.

NAZRI ZAHAUDIN (EZREY)

Lahir pada 2 September 1983 dikuala lumpur merupakan anak ke 2 dari 4 orang adik beradik ini telah melibatkan diri dalam dunia seni seawal umur 14tahun. Bermula sekadar hobi kini bidang seni tari telah menjadi kerjaya beliau sepenuh masa. Beliau banyak terlibat dengan persembahan didalam dan diluar negara. Selain membuat persembahan, beliau juga aktif mengajar di sekolah-sekolah dan juga perusahan swasta. Beliau juga banyak melibatkan diri dalam persembahan muzikal tempatan anataranya, Puteri Gunung Ledang, muzikal P.Ramlee, muzikal Ibu Zain, muzikal Tun Abdul Razak, dan muzikal Cuci. Bukan itu sahaja, selain menari beliau juga berbakat dalam bidang penulisan, dan pernah melibatkan diri dalam Pesta Pantun bersama TV3 dan MARA sekaligus menyandang gelaran naib juara. Pemegang ijazah seni tari ini juga seorang koreografer yang aktif dalam menghasilkan karya kontemporari dan tradisional antaranya Muntah (2004), Rintik Bayu (2004), Cinta d’ Fantasi (2005), Samurai (2006), Nus-antara, Indonesia (2010), Journey, Indonesia (2011) dan lain-lain lagi. Tahun 2009 telah membawa nama beliau lebih terkenal didalam dunia seni tari komersial dimana beliau terpilih untuk menjadi koreografer bagi program tv ASTRO iaitu SEHATI BERDANSA musin ke-3 bersama Dira dan Ash. Pada tahun 2010 beliau telah menerima biasiswa Darmasiswa dari Kerajaan Indonesia bagi melanjutkan pelajaran jangka masa pendek di Institut Seni Indonesia, Yogyakarta (ISI) dalam bidang seni tari.

KIV series..

K.I.V is a contemporary dance series that began in 2010 as a feast for dance choreography. Upon this platform, dance choreographers and dancers explore their creativity and experiment with new ideas and perspectives. The differences in choreography approaches behold its beauty. These series also act as an embarkation of creation, while the audience will further develop the ability to discuss and evaluate choreography and creativity in the artistic context.

Production Team

Executive Producer: Dato’ Faridah Merican

Artistic Director: Joe Hasham OAM

Choreographer: Lex Lakshmanan

Buy Ticket